Friday, 7 August 2015

Ajnabi ada batas k

Assalamualikum ahli syurga!

so, today im going to share my thought about our generation yang bijak-pandai ni ha, tapi batasan pergaulan? MasyaAllah to the sea! (kelaut) HAHAHAH gelak la pls.

kk back to our topic. Saya ni still belajar. so, kalau nampak perempuan alahaii sangat ayu menampar bahu ke tangan ke muka ke pipi ke apa ke, tersangatlah biasa.. tapiii! yang tak bestnya, yang ditampar tu lelaki gais. lelaki!

Hm, awak tahu tak dosa? bukannya awak sorang je tau yang dapat dosa, orang yang tengok benda tu, parents awak dan mungkin ada beberapa orang lain, punn dapat dosa. tak kesian ke? kalau nak ikut si encik Tan (setan nirojim) tu ha, tak payahlah ajak orang lain..

ye saya tahu, memang la best ada ramai kawan. tak kisah la lelaki ke perempuan. tapi, jaga la batas tu sikit. ni tidak, bertepuk-tampar, pastu ambik gambar pegang pinggang la bahu la.. ingat tuhan la wahai bro/sis sekalian. tak kemana pun banyak kawan ajnabi ni ha. mungkin awak akan jadi popular kat dunia ni ha (sebab acah ramai kawan and friendly melebih) tapi dekat atas (langit) sana, awak popular sangat ke?

jadi, saya selaku hamba Allah yang awak sendiri tak kenal, dan insyaAllah takkan kenal pun muehehe.. ingin memberi sedikit teguran. kawal lah sikit pergaulan tu dik. kalau awak gatai sangat nak bermanja-manja, pergi la kat parents awak tu ha. kesian diaorang duk tunggu turn nak dimanjakan huhu. saya pun ada kawan lelaki, tapi saya cuba untuk tak bercakap dengan diaorang, saya hanya cakap if theres something important to talk about.

tbh, waktu awak try untuk berubah, confirm, akan ada orang yang cakap "eh, dah sombong dah sekarang. mana nak tegur dah" .. kelakar sangat rasa. tapi tulah apa yang saya kena. alahai, lek sudah. ramai lagi orang dalam dunia ni boleh jadi BFFTJI ( best friend forever till jannah insyaAllah) tanpa dapat dosa pun. hahahaha

jadi, carilah yang baik-baik, supaya dia/mereka (yang halal) boleh membawa awak ke jalan yang benarr!

ha, nak tahu siapa yang popular kat atas sana? dia dikalangan manusia je tau. sama macam kita ni ha. namanya ialah Uwais Al-Qarni :) kalau nak tahu lagi pasal dia, awak boleh try search kat Google. or nanti kalau ada masa lapang, saya akan try tulis okay?

sekian, terima kasih :)